JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN
PADA: Hari Ahad
TARIKH: 31hb Oktober 2010
TEMPAT: Kg Mata Mata
Bismillah dan Salam Sejahtera.
Sebagai pembuka kata, seperti biasa kami ingin berterima kasih kepada yg menjemput kami khas sekali kepada tuan rumah yg menjemput kami untuk berhadrah di rumah abiskita. and di sini saya ingin berkongsi pantun ditujukan kepada ahli kerabat pengantin and kepada semua yg mbaca blog ani.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Satu pantun nda cukup, mcm rasanya kn diluahkan segala pantun ani. Tapi indapa, aku share last pantun dari aku lagi.
Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi,
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.
Alhamdulillah nyaman rasanya bepantun atu, lama sdh nda bepantun. hehe!
ALIF, BA, TA ''PEMBUKA CERITA''
Alhamdulillah pada tarikh tersebut kami sekali lagi di jemput untuk berhadrah bagi memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut. Seperti biasa kami mengadakan latihan minor sebelum berangkat ke tempat rumah pengantin bagi memantopkan lagi pukulan kami sebelum mempersembahkannya. Ucapan setinggi2 terima kasih dan setinggi2 penghargaan dari kami kepada ahli keluarga pengantin dan ucapan tahniah kepada ahli2 Hadrah Dzulfiqar kerana sentiasa memberi kerjasama dan disiplin yang memuaskan sepanjang majlis tersebut.
AT RUMAH PENGANTIN
Tuan Rumah
Kamarul, Kaii, Hadi
Maii, Pjan and Saufi
AT RUMAH PENGANTIN BINI DI RIMBA
Duan, Aklil, Jub Hj Syahmi, Kalil and Anuar
Ahli Hadrah yang dijemput khas wakil pengantin perempuan
Kedatagan kami di rimba disambut oleh kumpulan hadrah yg tertera di atas and seperti biasa bertempur.
Alhamdulillah! Setelah sekian lama bertempur, akhirnya ianya berkesudahan dengan jalinan kasih mesra. *Sesi begambar ramai2 sebagai kenang-kenangan*
Ini juga boleh dinamakan Ukhwahfillah =D
Firman Allah :-
"Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara, maka damaikan dua sadaramu (yang bertelagah) dan takutlah kamu akan Allah nescaya kamu dirahmati ". (al-Hujurat:10)
Akhir kata dari kami ;
Bunga dedap diatas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Sekian Terima Kasih!

No comments:
Post a Comment